Daftar Isi Biografi Syaikh Muhammad Suhaimi
1. Riwayat Hidup
1.1 Lahir
1.2 Wafat
1.3 Nasab
2. Sanad Ilmu dan Pendidikan Beliau
2.1 Perjalanan Menuntut Ilmu
2.2 Guru Beliau
4. Referensi
Nama sebenarnya adalah Syeikh Muhammad bin `Abdullah al-Wanasabaniyi (Wonosobo). Nama yang sangat dikenali yaitu Syeikh Muhammad Suhaimi atau Syeikh Suhaimi.
1. Riwayat Hidup
1.1 Lahir
Syeikh Muhammad Suhaimi dilahirkan di Kota Sudagaran, Wonosobo, Jawa Tengah, 1259H / 1843M.
1.2 Wafat
Syeikh Muhammad Suhaimi wafat di Kampung Teluk Pulai, Klang, Selangor, 21 Rajab 1343H / 15 Januari 1925M.
1.3 Nasab
Muhammad bin Aabdullah bin Umar bin Abdurrahim bin Abdul Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak (Al Madani) bin Hassan bin Ali bin Ahmad bin Abu Bakar (Asy-Syaibani) bin Muhammad (Asadullah) bin Hassan (At Turabi) bin Ali bin Muhammad (Al Faqih) bin Ali bin Muhammad (Shahibul Mirbat) bin Ali (Khali’) bin Alawi (Ats-Tsani) bin Muhammad bin Alawi (Al Awwal) bin Ubaidullah bin Ahmad (Al Muhajir) bin Isa (Ar Rumi) bin Muhammad (An Naqib) bin Ali (Al Aridhi) bin Ja’far (Ash Shadiq) bin Muhammad (Al Baqir) bin Ali Zainal Abidin bin Sayidina Husain r.a bin Sayidina Ali Karamallahu Wajha + Sayidatina Fatimah RA bin Muhammad SAW.
2. Sanad Ilmu dan Pendidikan Beliau
2.1 Perjalanan Menuntut Ilmu
Mendapat pendidikan awal di Pondok Pesantren Termas, Pacitan, Banyumas, Jawa Tengah. Pondok Pesantren Termas memang telah melahirkan ulama yang sangat terkenal, di antara mereka yang sangat menonjol ialah Syeikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi, ulama besar dalam Mazhab Syafi`ie yang telah membahas ilmu hadis yang cukup mendalam. Ayah beliau ini bernama Kiyahi Haji `Abdullah bin `Abdul Mannan at-Tarmasi juga seorang ulama besar.
Memperhatikan tahun kelahiran Syeikh Muhammad Suhaimi (1259H / 1843M) dan kewafatan K.H. `Abdullah bin `Abdul Mannan Termas (wafat di Makkah, 1314H / 1896M) kedua ulama tersebut seangkatan. Dipercayai mereka telah belajar kepada seorang ulama besar, yang dipercayai penggagas Pondok Pesantren Termas. Beliau ialah K.H. `Abdul Mannan bin `Abdullah bin Ahmad Termas (wafat Syawal 1282H / 1865M).
Walau pun Syeikh Muhammad Suhaimi yang lahir tahun 1259H / 1843M, yang berarti beliau lebih tua dari Syeikh Ahmad al-Fathani yang lahir tahun 1272H / 1856M, namun keduanya belajar kepada ulama-ulama di Makkah yang masyhur pada zaman itu. Ulama-ulama itu ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan (Mufti Makkah), Saiyid Abu Bakar Bakri Syatha, Syeikh Nawawi al-Bantani, Saiyid `Abdullah az-Zawawi dan lain-lain. Syeikh Ahmad al-Fathani belajar kepada ulama–ulama bangsa Arab tersebut ketika masih dalam usia belasan hingga dua puluhan tahun, sebelum beliau pergi ke Mesir. Beliau ke Mesir sekitar tahun 1292H / 1875M dan pulang ke Makkah sekitar tahun 1300H / 1882M. Oleh sebab Syeikh Muhammad Suhaimi berada di Makkah juga sekitar tahun 1300H / 1882M, maka dapat diambil kesimpulan tentu ada hubungan antara kedua ulama itu. Pada tahun 1300H / 1882 M itu pula Syeikh Ahmad al-Fathani telah aktif mengajar di Masjid al-Haram dan berbagai aktifitas lainnya.
2.2 Guru Beliu
Guru-guru Syaikh Muhammad Suhaimi:
- K.H. `Abdul Mannan bin `Abdullah bin Ahmad Termas,
- Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan (Mufti Makkah),
- Sayyid Abu Bakar Bakri Syatha,
- Syeikh Nawawi al-Bantani,
- Sayyid `Abdullah az-Zawawi
3. Karya-karya Beliau
Karangan-karangan Syeikh Muhammad Suhaimi semuanya ditulis dalam bahasa Arab, senarainya adalah sebagai berikut:-
- الفتوحة الإلهية في بيان كيفية الطريقة الغزالية , diselesaikan Zohor, hari Rabu, tahun 1312H. Kandungan membicarakan Thariqat al-Ghazaliyah, iaitu thariqat yang dibangsakan kepada Imam al-Ghazali. Pada muqaddimah penulis menyebut bahawa beliau adalah murid Syeikh Nawawi (al-Bantani) pada bagian akhir yang mengajar thariqat ini ialah Syeikh Muhammad Ismail bin Muhammad Salim. Semua perbicaraan dilengkapi dengan hadis. Cetakan kedua, tanpa nama percetakan, tanpa tarikh, dicetak di Singapura.
- المعدن الأسرار جليلة الإعتبار , diselesaikan di Singapura, pada waktu `Ashar, hari Isnin, 20 Rajab tahun 1312H. Kandungan pada muqaddimah penulis menyebut nama lengkapnya, dan dinyatakan negeri asalnya Wonosobo. Keseluruhan kandungan terdiri dari tujuh belas Bab dan satu Khatimah. Bab Yang Pertama Mengenai Fadhilat al-Quran. Bab Yang Kedua Mengenai Orang Yang Meringan-ringankan al-Quran. Bab Yang Ketiga Fadhilat لقد جآءكم (Dua Ayat Akhir Surah at-Taubah). Bab Yang Keempat Fadhilat Doa Nabi Yunus. Bab Yang Kelima Fadhilat Ayat al-Kursi. Bab Yang Keenam Fadhilat Surah al-Ikhlas. Bab Yang Ketujuh Tentang Membenci Shahabat Nabi SAW. Bab Yang Kedelapan Tentang Sayyidina Abu Bakar Shiddiq RA. Bab Yang Kesembilan Tentang Sayyidina `Umar RA. Bab Yang Kesepuluh Tentang Kelebihan Shahabat. Bab Yang Kesebelas Tentang Sayyidina `Utsman RA. Bab Yang Kedua belas Tentang Kelebihan Tiga Khulafa` ar-Rasyidin. Bab Yang Ketigabelas Tentang Sayyidina `Ali RA. Bab Yang Keempatbelas Tentang Sepuluh Shahabat Yang Masuk Syurga. Bab Yang Kelimabelas Tentang Imam Mahdi. Bab Yang Keenambelas Tentang Tanda–tanda Keluar Imam Mahdi. Bab Yang Ketujuhbelas Tentang Keluar Masih ad-Dajjal. Khatimah Tentang Hikayat Iblis Bertemu Rasulullah SAW. Semua perbicaraan adalah berdasarkan hadis. Cetakan kedua, tanpa nama percetakan, tanpa tarikh, dicetak di Singapura.
- رسالة القدسية في معرفة صفات الله بدلائل القرانية , diselesaikan Zohor, hari Ahad, 28 Jumadits Tsani 1317H. Kandungan membicarakan `aqidah. Dicetak di atas batu cetak Haji Muhammad Amin, Singapura, Kampung Melayu, pada bulan Rabi`ul Akhir 1319H.
- كتاب الدلالة في تحرير ادلة القبلة و الأهلة , diselesaikan di Singapura, hari Sabtu, 20 Rabi`ul Awwal 1319H. Kandungan membicarakan ilmu falak dan hisab. Dicetak di atas batu cetak Haji Muhammad Amin, Singapura, Kampung Melayu, pada bulan Rabi`ul Akhir 1319H.
Selain karya-karya tersebut, Syaikh Suhaimi juga mempunyai karya mengenai kisah mi’raj Junjungan Nabi SAW berjodoh “Nafahatul `Anbariyyah fi Qissati Mi’raji Khairil Bariyyah `alaihi afdhalus shalaah wa azkat tahiyyah” dan sebuah kitab mengenai kelebihan membaca maulid Junjungan Nabi SAW dengan judul “an-Nafahatul Miskiyyah fi fadhilati qiraati mawlidi Khairil Bariyyah `alaihi afdhalus shalaah wa azkat tahiyyah”. Dan menurut keterangan ahli keluarga beliau, ada lagi kitab – kitab karangan beliau yang masih dalam bentuk manuskrip belum bercetak.
4. Referensi
Disadur dari berbagai sumber
https://www.laduni.id/post/read/74959/biografi-syaikh-muhammad-suhaimi-al-wanasabaniyi.html