Daftar Isi
1 Riwayat Hidup dan Keluarga
1.1 Lahir
1.2 Wafat
2 Sanad Ilmu dan Pendidikan Beliau
2.1 Masa Menuntut Ilmu
2.2 Guru-guru Beliau
3 Penerus Beliau
3.1 Murid-murid Beliau
4 Karier, dan Karya
4.1 Karier Beliau
4.2 Karya Beliau
1.1 Lahir
Nama lengkap beliau adalah Alim al-Allamah al-Faqih Syeikh Ismail bin Ismail bin Usman bin Ali bin Salimbin Abdurrahman bin Abi Ghaits bin Ibrahim bin Ismail bin Muhammad az-Zain.
Syeikh Ismail memiliki tubuh yang sedang-sedang saja, tidak kurus dan juga tidak gemuk, pembawaannya selalu santai dan tenang, tidak berbicara kecuali sekedar keperluan, beliau sangat di cintai oleh penduduk kampungnya, bersifat zuhud, wara`, tawadhuk, tidak suka membuangkan masa kepada perkara-perkara yang tidak perlu, menghornati ulama dan orang tua, rajin bekerja dan taat beribadah.
Beliau di lahirkan pada bulan Rabi`ul Awal tahun 1352 hijriyyah di kota Dhahi, kota ini terletak di wilayah Wadi Sardud, kota yang banyak mengeluarkan ulama dan orang yang shaleh-shaleh.
1.2 Wafat
Beliau wafat pada hari rabu 21 Zul Hijjah 1414 hijriyyah, di sembahyangkan setelah shalat subuh di Masjid Haram pada hari kamis kemudian di kuburkan di perkuburan Ma`la berhampiran dengan kuburan Sayyidah Asma` binti Abu Bakkar r.a.
2.1 Masa Menuntut Ilmu
Dari masa kecil beliau telah belajar ilmu agama atas didikkan ayahandanya, banyak sekali kitab-kitab yang telah beliau habiskan, diantara kitab-kitab yang beliau baca dan pelajari adalah : Safinatu an-Naja, al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, Matan al-Ajurumiyyah, dan beliau banyak menghapal matan-matan kitab.
Selain belajar ilmu agama dari ayahnya, beliau juga telah belajar dari banyak ulama-ulama yang berada di kotanya, kerajinan dan kegigihan beliau terhadap illu agama sangat tinggi sekali, setiap disiflin ilmu agama beliau pelajari dengan sungguh-sungguh, dari mulai Fiqih, Tafsir, Hadis, Nahu, Taswuf, Fara`idh, Sorof, TauhidUsul Fiqih, Mantiq, Balaghah `Arudh dan lain-lainnya.
Pada tahun 1380 hijriyah beliau berhijrah ke Makkah al-Mukarramah dan berniat untuk menetap di Makkah, dari tahun inilah beliau sibuk untuk mengajar, mengarang kitab, mentela`ah kitab, mulailah ulama-ulama Makkah mengenali keilmuan beliau, disamping itu beliau juga belajar dengan ulama besar yang masih hidup di kota suci tersebut, dari pengajianSyeikh Hasan Masyath, Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani, Syeikh Muhammad Yahya Aman, Syeikh Hasan Sa`id Yamani, Syeikh Alawi al-Maliki dan lain-lainnya.
2.2 Guru-guru Beliau
Guru-guru beliau sewaktu belajar menuntut ilmu adalah:
1 – Ayahandanya Ismail bin Usman Zain al-Yamani.
2 – Sayyid Umar `Awadh al-Ahdal.
3 – Sayyid Abdul Qadir Qadiri al-Hasani.
4 – Sayyid Husein bin Muhammad az-Zawak.
5 – Sayyid Muhammad bin Muhammad ibni Abdurrahman al-Qadimi.
6 – Sayyid Muhammad bin Yahya Dum al-Ahdal.
7 – Syeikh Islam Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal.
8 – Sayyid Muhammad bin Hasan bin Abdul Bar al-Ahdal.
9 – Syeikh Alawi bin Abbas al-Maliki al-Makki.
10 – Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani.
11 – Syeikh Hasan Masyath.
12 – Syeikh Muhamad Yahya Aman.
13 – Syeikh Hasan Sa`id Yamani.
14 – Sayyid Muhammad Amin Kutubi.
15 – Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.
16 – Syeikh Amin at-Torablusi.
17 – Syeikh Hasanain Makhluf.
18 – SYeikh Ahmad Hamadah.
19 – Syeikh Ibrahim Abu an-Nur Syafi`i.
20 – Syeikh Muhammad Ilyas.
21 – SYeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi.
22 – Syeikh Muhammad Yusuf Banuri.
23 – Syeikh Abdullah Sirajuddin.
24 – Syeikh Bakri Rajab.
25 – Syekh Abdullah Shiddiq al-Ghumari.
26 – Syeikh Abdul Aziz Shiddiq al-Ghumari.
27 – Syeikh Abdul Wasi` al-Wasi`i.
28 – Syeikh Muhammad Makki bin Muhammad bin Ja`fari al-Kattani.
29 – Syeikh Muhammad bin Salim bin Hafizh al-Yamani.
30 – Syeikh Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi
3.1 Murid-murid Beliau adalah:
1 – Syeikh Muhammad bin Ismail al-Yamani al-Makki.
2 – Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari.
3 – Syeikh Zainal Abidin Jefri al-Banjari.
4 – Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qahiri.
5 – Syeikh Ibrahim Zannun al-Mandili.
6 – Syeikh Abdul Malik Raihan bin Abdul Qadir al-Mandili.
7 – Syeikh Muhammad Husni Tamrin Jefri al-Banjari.
8 – Syeikh Ali Jum`ah ( Mufti Mesir ).
9 – Syeikh Husein Siraj al-Fathani.
10 – Syeikh Khalid bin Abdul karim Turkistani.
11 – Syeikh Asyrof Ismail at-Tijani.
12 – Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari.
13 – Syeikh Ibrahim bin Abdullah al-Ahsa`i.
14 – Syeikh Hamid bin Akram al-Bukhari.
15 – Syeikh Abdullah bin Naji al-Makhlafi.
16 – Syeikh Ahmad bin `Asyur al-Makki.
17 – Syeikh Yusuf bin Abdurrahman al-Mar`asyli.
18 – Syeikh Soleh Ahmad bin Muhammad Idris al-Arkani.
19 – Syeikh Abdul Fatah Husein Rowah ( Rawa-red ).
4.1 Karier Beliau
Pada tahun 1382 hijriyyah beliau mulai mengajar di Madrasah as-Solatiyyah al-Hindiyyah yang terkerkenal dengan keberkataannya, beliau diangakat menjadi guru tingkat Tsanawiyah dan Aliyyah dalam jangka 23 tahun. Beliau juga mengajar di Masjid al-Haram dan di rumah pribadinya
4.2 Karya Beliau
Diantara hasil karangan beliau adalah :
1 – Arba`una Hadisan Fi al-Mawa`izh Wa al-Ahkam.
2 – Irasyadu al-Mu`min Fi Fadha`ili Zikri Rabbi al-`Alamin.
3 – Is`afu at-Thullab Bi Syarhi Nizomi Qawa`idi al-I`rab.
4 – al-Jawabul al-Wadhih as-Syahir Fi al-Ghazawat.
5 – Daiwan al-Khithabi al-Minbariyyah.
6 – Risalah Ziyarah Fi Jabal Uhud.
7 – Risalah Fi Maudhu`i al-Halq Wa at-Taqshir Fi an-Nusuk.
8 – Risalah Haula Istikhdami Mukabbirati as-Shaoti Fi al-Masajid.
9 – Risalah Tata`allaqu Bi as-Shalati Fi at-Tha`irah.
10 – Dhu`u as-Syam`ah Fi Khususiyati al-Jum`ah.
11 – Shilatu al-Khalaf Bi Asanid as-Salaf.
https://www.piss-ktb.com/2014/12/3715-biografi-syaikh-ismail-zain-al.html?m=1
https://mubakid.or.id/biografi-syaikh-ismail-az-zain-al-yamani-al-makky-guru-pengasuh-pondok-pesantren-miftahul-ulum-banyuputih-kidul/
https://www.laduni.id/post/read/74706/biografi-syaikh-ismail-az-zain-al-yamani-al-makky.html